Kesihatan Wanita
10 Masalah Kesihatan Wanita Yang Anda Patut Tahu
Masalah kesihatan wanita bukan saja menjadi petanda penting mengenai kedudukan dan taraf mereka, malah sebagai ibu dan pengasuh kerana mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat.

10 Masalah Kesihatan Wanita Yang Kerap Dialami
Masalah kesihatan wanita bukan saja menjadi petanda penting mengenai kedudukan dan taraf mereka, malah sebagai ibu dan pengasuh kerana mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat.
Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.
Wanita merupakan tunjang keluarga. Sebagai seorang isteri dan ibu semestinya tanggungjawab seharian yang dipikul adalah berat. Oleh itu, wanita perlu sentiasa memastikan diri sentiasa sihat, cergas dan bertenaga dalam mengharungi hari-hari yang mencabar.
Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 8 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi pendedahan kepada semua wanita mengenai penting menjalani kehidupan sihat. Ini merujuk kepada kajian pertubuhan berkenaan yang melaporkan 10 isu utama berkaitan kesihatan golongan berkenaan.
Ini kerana, selepas 20 tahun menandatangani perjanjian pada Pelan Tindakan dan Deklarasi Beijing 1995, wanita masih berdepan pelbagai masalah kesihatan dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menangani isu terbabit.
Sebagai wanita, pernahkah anda mengalami masalah kesihatan wanita yang buat anda rasa malu sehingga enggan berjumpa dengan doktor?
Berikut adalah 10 masalah kesihatan yang kerap dialami wanita:
1. Kanser
Kanser yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks. Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal sihat. Statistik global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.
Kebanyakan kes kematian berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan, manakala vaksin untuk virus human papilloma (HPV) ditangguhkan.
2. Kesihatan reproduksi
Masalah kesihatan reproduksi dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Seks yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi yang diperlukan.
3. Kesihatan ibu
Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika kehamilan dan kelahiran yang diperkenalkan sedekad lalu. Namun, kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika perancangan keluarga dan kemudahan asas disediakan.
4. HIV
Sejak 30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada penyakit jangkitan seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.
Mereka terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara berpendapatan rendah.
5. Penyakit jangkitan seks (STI)
Walaupun jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan kelamin paling kerap dialami di seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.
Ini kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru dilahirkan.
6. Keganasan terhadap wanita
Wanita mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain, adalah paling menyakitkan.
Hari ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.
Oleh itu, penting kepada mereka yang sihat untuk sentiasa prihatin terhadap keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.
7. Kesihatan mental
Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan, kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan. Kemurungan adalah masalah kesihatan mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.
Oleh itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi sokongan untuk mendapatkan bantuan.
8. Penyakit tidak berjangkit (NCD)
Pada 2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut akibat kemalangan jalan raya, merokok, alkohol, dadah dan obesiti. Dianggarkan 50 peratus wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti dan membantu remaja perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat di peringkat awal adalah kunci kesihatan hidup.
9. Menjadi ibu muda
Remaja perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun melahirkan anak setiap tahun.
Komplikasi daripada kehamilan dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.
10. Menjadi tua
Kebanyakan wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial. Selain berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.
Kesihatan Wanita
Kegemukan dan Kesihatan Peranakan Wanita
Label: kehamilan, kesihatan wanita, obesiti, kegemukan, reproduksi, peranakan

Obesiti dan Kesihatan Reproduksi Wanita
Tidak berapa lama dahulu, pernah terpampang di dada akhbar, tajuk berita yang menarik perhatian berbunyi:
“Malaysia negara orang gemuk”
Sama ada ianya kelihatan lucu atau sinis, ianya adalah satu fakta yang harus dicernakan dengan baik. Hakikatnya memang betul kerana statistik menunjukkan hampir 40% rakyat Malaysia dilanda obesiti.
Obesiti berkait dengan gaya hidup; banyaknya makan dan kurangnya beraktiviti akan menyebabkan lemak terkumpul secara perlahan-lahan sehingga seseorang tidak sedar ia berpindah dari berat ideal kepada overweight dan obes.
Obesiti memberi banyak implikasi terhadap kesihatan. Pelbagai penyakit dikaitkan dengan obesiti; misalnya kencing manis, darah tinggi, hypercholesterol, sakit jantung, sleep apnoe syndrome dan juga kanser tertentu seperti kanser colorectal dan rahim. Pada wanita khususnya obesiti boleh menganggu kesihatan reproduksi. Wanita yang obes boleh mengalami gangguan haid termasuk haid yang sangat jarang atau terlalu kerap kerana obesiti akan menyebabkan hormon reproduksi dirembeskan secara tidak teratur.
Obesiti juga akan mengurangkan kesuburan wanita kerana ianya juga boleh menyebabkan gangguan ovulasi iaitu pengeluaran benih wanita. Selain daripada itu, kualiti benih atau oocyte yang dihasilkan juga akan menurun. Pada pesakit obes yang akan menjalani rawatan kesuburan, dos ubat yang diperlukan adalah tinggi serta peratus kejayaan akan menurun. Tidak hairanlah jika negara yang memberi subsidi untuk rawatan kesuburan menetapkan berat badan dengan kriteria tertentu sebelum boleh diterima masuk dalam program rawatan.
Bagi pesakit yang telah berjaya hamil, dia masih berhadapan dengan risiko keguguran yang lebih tinggi pada pesakit obes. Selain daripada itu, risiko kelahiran juga adalah tinggi termasuk kelahiran secara pembedahan, risiko pendarahan, risiko tersangkut bahu bayi (shoulder dystocia) dan juga risiko pembekuan darah yang boleh menyebabkan embolism atau darah beku menutupi saluran darah paru-paru. Embolism ini merupakan satu komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
Justeru itu, antara langkah yang telah diambil baru-baru ini adalah pemberian suntikan ubat pencair darah bagi ibu-ibu berisiko tinggi untuk pembekuan darah dan ini termasuk ibu yang obes.
Menangani gejala obesiti adalah seperti melentur buluh dari rebungnya. Segala usaha dan gaya hidup sihat harus diterapkan dari rumah dan sekolah. Mengambil pemakanan dengan kalori yang berpatutan dan juga aktiviti jasmani harus dilakukan secara konsisten. Agama Islam mengajar umatnya untuk memilih makanan yang halal dan baik. Baik ini bermaksud menepati kehendak piramid makanan dan juga kalori yang bersesuaian. Islam juga mengajar umatnya untuk makan secara sederhana dan berhenti makan sebelum merasa kenyang. Ini semua adalah tips pemakanan bagi menangani gejala obesiti yang merisaukan.
Dr Murizah bt Mohd Zain
Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan
Ketua Unit Infertiliti
Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah
Ketua Wanita Isma Alor Setar
Aktivis I-Medik Kedah
Kesihatan Wanita
12 CARA PENJAGAAN ALAT SULIT WANITA
Sila ambil perhatian. Penjagaan alat sulit wanita perlulah diberi perhatian teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di bilik tidur.
Label: kesihatan wanita, keputihan wanita, penjagaan alat sulit wanita, penjagaan alat kelamin

Sila ambil perhatian. Penjagaan alat sulit wanita perlulah diberi perhatian teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di bilik tidur.
1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.
2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.
3) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dan buih sabun.
5) Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan $eks untuk mengurankan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
6) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam f@raj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari f@raj di samping mendedahkan f@raj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.
8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah $eks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopos.
9) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.
11) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph f@raj dan telah diuji kebersihannya.
Kesihatan Wanita
10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Anda Wajib Tahu
Sebagai ibu, penjaga dan tonggak sebuah rumah tangga, aspek Kesihatan Wanita boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.Ini termasuklah 10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Wajib Anda Tahu.
Label: kesihatan wanita, sihat wanita, info wanita, masalah wanita

Sebagai ibu, penjaga dan tonggak sebuah rumah tangga, aspek Kesihatan Wanita boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.Ini termasuklah 10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Wajib Anda Tahu.
10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Anda Kena Tahu:
1. KANSER
Kanser yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks. Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal sihat. Statistik global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.
Kebanyakan kes kematian berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan.
2. KESIHATAN REPRODUKSI
Masalah kesihatan reproduksi dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Seks yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi yang diperlukan.
3. KESIHATAN IBU
Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika kehamilan dan kelahiran yang diperkenalkan sedekad lalu. Namun, kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika perancangan keluarga dan kemudahan asas disediakan.
4. HIV
Sejak 30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada penyakit jangkitan seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.
Mereka terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara berpendapatan rendah.
5. PENYAKIT JANGKITAN SEKS (STI)
Walaupun jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan kelamin paling kerap dialami di seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.
Ini kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru dilahirkan.
6. KEGANASAN TERHADAP WANITA
Wanita mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain, adalah paling menyakitkan.
Hari ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.
Oleh itu, penting kepada mereka yang sihat untuk sentiasa prihatin terhadap keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.
7. KESIHATAN MENTAL
Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan, kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan. Kemurungan adalah masalah kesihatan mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.
Oleh itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi sokongan untuk mendapatkan bantuan.
8. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)
Pada 2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut akibat merokok, alkohol, dadah dan obesiti. Dianggarkan 50% wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti. Menanam kesedaran awal di kalangan remaja perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat adalah kunci kesihatan hidup.
9. MENJADI IBU MUDA
Remaja perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun melahirkan anak setiap tahun.
Komplikasi daripada kehamilan dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.
10. MENJADI TUA
Kebanyakan wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial. Selain berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.
-
Ekzema1 year ago
Ekzema Orang Dewasa Lagi Sukar
-
Buah Pinggang2 years ago
20 Cara Atasi Penyakit Buah Pinggang Dengan Berkesan
-
Kesihatan Wanita2 years ago
12 CARA PENJAGAAN ALAT SULIT WANITA
-
Diabetes1 year ago
Secara Senyap 5 Kebiasaan Ini Boleh Jadi Penyebab Penyakit Diabetes
-
Kesihatan Lelaki2 years ago
5 Masalah Kesihatan Lelaki Masakini
-
Kesihatan Umum1 year ago
TERKINI! Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas
-
Kesihatan Umum2 years ago
APA ITU SELULIT [ BAGAIMANA IANYA TERJADI ]
-
Buah Pinggang2 years ago
Cara Mencegah Buah Pinggang Rosak Untuk Kekal Sihat