Connect with us

Batu Karang

Apa Itu Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang berlaku akibat pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal. Kristal ini terbentuk hasil daripada zat-zat yang sepatutnya larut dan lama kelamaan ia akan bersifat Nydus (punat)

Spread the info
apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia

Apa Sebenarnya Penyakit Batu Karang

PENYAKIT BATU KARANG

Penyakit Batu Karang berlaku akibat pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal. Kristal ini terbentuk hasil daripada zat-zat yang sepatutnya larut dan lama kelamaan ia akan bersifat Nydus (punat).

 

apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia

Nydus yang terbentuk ini jika tidak dapat dialirkan keluar ianya akan membesar dan bahan-bahan lain akan bertompok di atasnya yang menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit batu karang. Pada asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain yang akhirnya membentuk batu. Bagaimanapun, ia bergantung kepada zat-zat kalsium, magnesium, fostat dan lain-lain lagi. Perkadaran ( proportion ) setiap batu karang adalah berbeza-beza di mana sesetengahnya terdapat banyak magnesium, dengan kompisisi yang berbeza dan akhirnya membentuk batu karang. Selain itu sesetengah batu karang mengandungi banyak kalsium dan ia dapat dilihat melalui sinar X.

Namun bagi batu karang yang terhasil daripada asid urik ia mungkin tidak dapat dilihat. Hakikatnya, ramai tidak mengetahui bahawa kewujudan batu boleh terjadi dalam mana-mana bahagian tubuh manusia, namun kekerapan yang sering berlaku ialah pada ureter (saluran kencing ) dan saluran buah pinggang yang lebih dikenali sebagai batu karang.

Jika ia terletak dalam pundi hampedu, kita memanggilnya batu hempedu di mana kandungan kimianya mempunyai sedikit persamaan. Kewujudan penyakit ini telah dikenal pasti sejak berkurun yang lalu di mana ia ditemui pada zaman Mesir purba iaitu dalam jasad mumia.

Spread the info

Batu Karang

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi?

Batu karang terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan kapur, magnesium yang akhirnya membentuk kristal. Sebagai contoh, ketidak sempurnaan ini boleh berlaku kepada orang lumpuh yang tidak berupaya melakukan apa-apa gerakan atau air kencing tidak mengalir dengan baik kerana saluran kencing yang terlalu sempit.

Spread the info
Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi
Photo: Batu Karang

BAGAIMANA BATU KARANG BOLEH TERJADI?

Batu karang akan terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini akan mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan seperti kapur dan magnesium yang akhirnya membentuk kristal. Sebagai contoh, ketidaksempurnaan ini boleh berlaku kepada orang yang lumpuh yang tidak berupaya melakukan apa-apa pergerakan atau air kencing tidak mampu mengalir dengan baik kerana saluran kencing yang terlalu sempit.

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi

Selain daripada itu individu yang terlalu banyak mengambil makanan mengandungi bahan kimia juga turut membantu membentuk batu karang. Antara bahan-bahan yang tinggi kandungan bahan kimianya ialah daripada jenis makanan laut. Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya pemendapan dengan kadar yang lebih cepat. Tahap Metabolisme seseorang itu juga adalah salah satu faktor penyumbang terbentuknya batu karang ini. Pengeluaran asid urik yang terlalu banyak dalam tubuh seseorang menyebabkan terhasilnya zat-zat tertentu dan akhirnya terjadi penyakit gaot.

Seseorang yang pernah menghidap jangkitan kuman semasa kecil juga boleh menyebabkan ianya mendapat batu karang. Nanah yang terhasil daripada jangkitan kuman ini lama-kelamaan akan mengeras dan akhirnya membentuk nydus. Kuman-kuman ini pula akan menyerang pada bahagian-bahagian tertentu seperti buah pinggang dan ureter (saluran kencing).

Kebanyakan mereka yang tinggal di tepi pantai berisiko tinggi untuk mendapat penyakit batu karang kerana selain kesukaran untuk mendapat air bersih faktor makanan turut mempengaruhi. Pemakanan turut memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan seseorang seperti kekurangan vitamin dan zat-zat penting yang diperlukan dalam tubuh badan seseorang. Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing juga antara penyebab seseorang itu boleh mendapat penyakit batu karang.

Spread the info
Continue Reading

Recent Posts

Title

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki 5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki
Kesihatan Lelaki3 months ago

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki

5 Penunjuk Aras Tahap Kesihatan Lelaki Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan...

penyebab penyakit diabetes penyebab penyakit diabetes
Diabetes4 months ago

Secara Senyap 5 Kebiasaan Ini Boleh Jadi Penyebab Penyakit Diabetes

Selama ini kebanyakan orang menduga bahwa penyebab penyakit diabetes ialah kebanyakannya mengambil gula secara berlebihan. Padahal diabetes atau kencing manis...

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia
Kesihatan Lelaki5 months ago

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk Mati pucuk juga dikenali sebagai ‘erectile dysfunction‘. Ia telah mengganggu lebih 50% pesakit yang...

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi
Batu Karang5 months ago

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi?

Batu karang terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan...

apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia
Batu Karang5 months ago

Apa Itu Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang berlaku akibat pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal....

Image result for kolesterol Image result for kolesterol
Jantung5 months ago

20 Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Tinggi yang Terbukti Secara Saintifik

Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Ramai yang rasa tertekan untuk menurunkan kolesterol setelah mendapati hasil ujian di klinik. Mendengar perkataan kolesterol...

rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia
Ekzema5 months ago

Wajib Baca: Panduan Rawatan Ekzema

Rawatan Ekzema yang paling penting ialah melembapkan kulit dan melegakan gatal.

ekzema-orang-dewasa-malaysia ekzema-orang-dewasa-malaysia
Ekzema5 months ago

Ekzema Orang Dewasa Lagi Sukar

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang disebabkan oleh keradangan kulit dan ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan yang mencukupi.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas
Kesihatan Umum5 months ago

TERKINI! Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan Penyakit Tangan,...

Image result for kencing tak lawas Image result for kencing tak lawas
Kencing Tak Lawas5 months ago

KENCING TAK LAWAS – Masalah Prostat?

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap,...

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com