Connect with us

Buah Pinggang

Cara Mencegah Buah Pinggang Rosak Untuk Kekal Sihat

Doktor biasanya akan mengesyorkan special diet untuk menyokong kesihatan buah pinggang dan menghadkan beban buah pinggang sebagai salah satu cara mencegah buah pinggang rosak atau CKD (chronic kidney disease).

Spread the info
cara-mencegah-kerosakan-buah-pinggang
Photo: Shutterstock Buah Pinggang

Ada ke cara mencegah buah pinggang rosak? Baiklah.. macam yang kita semua maklum, sakit buah pinggang atau masalah kerosakan buah pinggang dah tak asing lagi dengan orang Malaysia… bukan saja orang tua atau orang dewasa, kanak-kanak pun ada yang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau dikenali juga sebagai Nephrotic syndrome.

Lagi satu bukti nyata yang menunjukkan bahawa kerosakan buah pinggang jadi masalah atau penyakit yang semakin menjadi-jadi adalah lambakan pusat dialysis… tengok jer lah… hampir di semua daerah akan ada pusat dialisis… tak kisahlah samada pusat dialisis tu milik swasta, orang persendirian ataupun kerajaan. Dan pusat-pusat dialisis ni pulak memang kebiasaannya akan sentiasa penuh.

Antara punca utama kerosakan buah pinggang adalah pemakanan dan gaya hidup. Jadi, cara mencegah buah pinggang rosak paling berkesan sudah tentu juga bermula daripada pemakanan dan gaya hidup yang perlu diperbaiki dan diubah..

 

CARA MENCEGAH BUAH PINGGANG ROSAK MELALUI PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP

 

Image result for chronic kidney

 

Doktor biasanya akan mengesyorkan special diet untuk menyokong kesihatan buah pinggang dan menghadkan beban buah pinggang sebagai salah satu cara merawat penyakit buah pinggang kronik atau CKD (chronic kidney disease).

Bergantung kepada situasi individu, fungsi buah pinggang dan keadaan kesihatan secara menyeluruh, pakar diet biasanya akan mengesyorkan seseorang yang sedang menghidap penyakit buah pinggang atau kerosakan buah pinggang untuk:

 

MENGELAKKAN MAKANAN / PRODUK MAKANAN YANG ADA TAMBAHAN GARAM

Kurangkan pengambilan garam setiap hari dengan cara mengelakkan daripada makanan dengan garam tambahan termasuklah makanan ringan, makanan sejuk beku, makanan dalam tin, daging atau ayam yang diproses seperti nugget, sosej, daging burger dan keju.

 

PILIH MAKANAN YANG RENDAH KANDUNGAN POTASSIUM

Makanan rendah kandungan potassium termasuklah pisang, oren, ubi kentang, bayam dan tomato. Contoh lain termasuklah epal, kobis, lobak merah, kacang hijau, anggur dan blueberries. Ambil perhatian bahawa kebanyakan jenis garam mengandungi potassium, jadi elakkannya sebagai cara mencegah buah pinggang rosak daripada menjadi lebih kronik.

 

HADKAN PENGAMBILAN PROTEIN

Pakar diet biasanya akan menentukan jumlah protein yang boleh diambil orang individu yang sedang menghidap kerosakan buah pinggang. Contoh sumber makanan  yang tinggi protein ialah daging, telur, susu, keju dan kacang. Makanan yang rendah protein pula adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti dan bijirin.

 

CARA MENCEGAH BUAH PINGGANG ROSAK DARIPADA MENJADI LEBIH KRONIK MELALUI GAYA HIDUP

Antara yang boleh anda lakukan untuk mencegah buah pinggang rosak daripada menjadi lebih kronik atau CKD (chronic kidney disease) melalui penambahbaikan gaya hidup ialah:

 

KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Kalau anda (bukan Muslim) memilih untuk minum minuman beralkohol, berpada-padalah kerana alkohol juga adalah salah satu daripada punca kerosakan buah pinggang.

 

IKUT ARAHAN YANG BETUL JIKA MENGAMBIL UBAT-UBATAN

Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan tak terkawal boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan ia seharusnya dielakkan jika anda memang sedang menghidap penyakit buah pinggang. Aspirin, ibuprofen dan acetaminophen adalah antara jenis ubat tahan sakit yang biasa diambil oleh orang ramai…. ikut arahan yang betul kalau anda nak ambil yer. Minta nasihat doktor jugak untuk pastikan samada ubatan (dadah) ni selamat atau tak untuk anda.

 

KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Kalau berat anda sekarang berada pada tahap berat badan ideal / sihat, cuba sebaik mungkin untuk kekalkannya. Tapi, kalau anda perlu turunkan berat badan, minta nasihat doktor dan cari jalan paling selamat untuk menurunkan berat badan. Senaman dan kurangkan pengambilan kalori boleh membantu. Berat badan yang sihat bukan saja boleh menjadikan cara mencegah kerosakan buah pinggang menjadi lebih berkesan, tapi ia akan menambah kualiti kehidupan seharian kerana anda akan rasa lebih sihat & bebas beraktiviti.

 

JANGAN MEROKOK

Jika anda seorang perokok, cubalah sebaiknya untuk berhenti merokok. Kaunseling, support group, ubatan atau cara alternatif paling mudah yang memang terbukti boleh membantu.

 

TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

Sekiranya anda memang sedang sakit atau mengalami kondisi yang boleh meningkatkan risiko terhadap kerosakan buah pinggang kronik, cepat-cepat berjumpa doktor untuk jalankan ujian dan ketahui tanda-tanda kerosakan buah pinggang supaya langkah awal dapat diambil.

Saya tak nafikan, agak mencabar sebenarnya untuk buat semua cara mencegah kerosakan buah pinggang dengan kehidupan zaman sekarang yang serba sibuk, makanan serba segera, tekanan dan pencemaran alam sekitar.

Tapi suka atau tak, kena buat jugak sebab apabila buah pinggang dah rosak, ia akan terus merosak sampai bila-bila dan paling teruk lagi sebab ia juga boleh membawa masalah dan penyakit lain termasuklah risiko sakit jantung.

Jadi, anda TIADA PILIHAN selain daripada mengubah gaya hidup dan pemakanan kepada yang lebih sihat dan memperlahankan kerosakan tersebut daripada menjadi lebih kronik.

 

Ekstra Tips!

Selain air kencing, tanda-tanda lain buah pinggang rosak boleh dikesan menerusi…

  1. Darah menjadi lebih asid
  2. Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  3. Hemoglobin rendah
  4. Kurang darah (anemia)
  5. Cepat penat
  6. Tubuh sering berasa sakit, kejang, kurang berselera untuk makan dan sukar tidur.
  7. Penimbunan cecair seperti di kaki dan wajah yang akan kelihatan seperti membengkak.
  8. Pengeringan cecair dengan mata cengkung, mulut kering dan seperti tidak ada lendir dalam mulut.

Bagi mempastikan kesihatan buah pinggang di kemudian hari, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Menurut sumber daripada The Health Site, ada 9 perkara penting yang harus anda lakukan untuk menjaga kesihatan buah pinggang dan mengurangi risiko buah pinggang rosak.

1.  Mengawal diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

Dalam pelbagai kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang dihasilkan daripada penyakit primer atau keadaan seperti diabetes, penyakit jantung ataupun tekanan darah itu. Jadi sebab itulah, anda perlu mengawal kadar gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti aturan diet sihat, rajin bersenam dan perubatan yang sihat sangat penting untuk menjaga buah pinggang sejak awal lagi.

 

2. Mengurangi pengambilan garam

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang.

 

3.  Minum banyak air putih

Air membuatkan ada terhidrasi dan membantu buah pinggang untuk membuang semua racun daripada tubuh anda. Air juga membantu tubuh untuk mempertahankan volume darah dan meningkatkan kepekatannya. Air juga mengambil peranan penting dalam penghadaman dan mengawal suhu tubuh. Paling kurang, anda harus minum 8 gelas air sehari.

 

4. Jangan ‘tahan-tahan’ buang air kecil

Penyaringan darah adalah fungsi utama yang dilakukan oleh ginjal.  Menahan diri untuk membuang air kecil akan memberikan infeksi pada buah pinggang. Menahannya bererti membuatkan kandungan air kencing anda terpaksa  menampung lebih daripada kapasitinya. Perkara ini boleh mempengaruhi gerak kerja buah pinggang.

 

5. Jaga Pemakanan

Hampir semua proses yang terjadi di dalam tubuh banyak dipengaruhi apa yang anda makan dan bagaimana anda memakannya. Jika anda makan makanan yang tidak sihat, organ-organ anda harus menghadapi efeknya, termasuklah buah pinggang. Jadi, sebaiknya hindari makanan yang tidak sihat. Selain itu, anda juga perlu seiringkan makanan yang tepat dalam diet anda, terutama makan yang boleh memperkuatkan buah pinggang seperti asparagus, bijrin, bawang putih dan ikan. Buah-buahan seperti tembikai,lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang.

 

6. Pilih Minuman Sihat

Jus buah-buahan segar adalah cara lain untuk minum lebih banyak cecair dan menjaga buah pinggang anda sihat. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air. Hindari kopi dan teh, keduanya mengandungi kafein yang mengurangi jumlah cecair dalam tubuh, membuat buah pinggang harus bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.

 

7. Rajin Bersenam

Ada yang berpendapat obesiti berkait rapat dengan masalah buah pinggang. Kelebihan berat badan dua kali ganda kemungkinan besar juga menghalang gerak kerja buah pinggang. Bersenam, makan dengan jumlah yang sihat serta mengawal berat badan dapat membantu anda menjaga kesihatan buah pinggang. Jika anda sudah berhadapan dengan masalah buah pingang, hindari sebarang jus yang diperbuat daripada sayuran bayam dan ubi bit. Dua makanan ini kaya dengan asid ‘oksalat ‘yang membantu dalam pembentukkan batu karang. Pengambilan air kelapa muda segar sangat digalakkan.

 

8. Hindari Alkohol Dan Rokok

Kelebihan alkohol dapat menganggu keseimbangan elektrolit tubuh dan mengawal hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang.  Namun,merokok tidak ada kaitan lansgung dengan masalah buah pinggang, tetapi boleh mengurangkan fungsi buah binggang secara signifkan. Rokok juga memiliki efek buruk buat kesihatan jantung sehingga boleh memparahkan lagi masalah buah pinggang.

 

9. Hindari Sebarang Ubatan  Yang Tidak Perlu

Semua jenis ubat yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk proses penyaringan. Peningkatan dose atau pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan boleh meningkatkan beban buah pinggang. Selain itu, jika anda gemar memakan suplemen vitamin atau suplemen herba, pertimbangkan keperluan dose anda. Jumlah vitamin yang berlebihan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan tertentu boleh membuatkan buah pinggang rosak. Jadi, sebaiknya anda merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum melaksanakan hasrat anda untuk memakannya.

Spread the info
Continue Reading

Buah Pinggang

Nak Tahu 10 Punca Sakit Buah Pinggang Yang Selalu Kita Buat?

BUAH PINGGANG YANG SUDAH ROSAK akan TERUS ROSAK sampailah ke tahap ia akan GAGAL SEPENUHNYA dan ini bermakna NYAWA jadi taruhan. Tapi, apakah dia punca sakit buah pinggang ni?

Spread the info
Image result for punca buah pinggang rosak
Photo: Shutterstock Buah Pinggang

10 Punca Sakit Buah Pinggang Yang Selalu Kita Buat

BUAH PINGGANG YANG SUDAH ROSAK akan TERUS ROSAK sampailah ke tahap ia akan GAGAL SEPENUHNYA dan ini bermakna NYAWA jadi taruhan. Tapi, apakah dia punca sakit buah pinggang ni?

Kalau anda didapati sedang atau berisiko menghidap kerosakan buah pinggang…

Berfikir panjang untuk mendapatkan penawar terbaik bukanlah langkah yang bijak. Jangan tunggu bila segalanya dah TERLEWAT… masa tu nanti tak ada apa lagi dah yang mampu membantu hatta anda ada duit berjuta…

 

Image result for punca buah pinggang rosak

 

Buah pinggang rosak biasanya berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala sehinggalah ianya mencapai tahap yang teruk. Sebenarnya, perkara yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak sangat selalu kita lakukan tanpa kita sedari. Eh...bagaimana pula tu? Jom ketahui apakah perkara yang boleh menyebabkan buah pinggang menjadi rosak.

PELUANG untuk kembali sihat masih ada….

 

Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak.

Di antara tanda-tanda buah pinggang seseorang itu mempunyai masalah/rosak ialah;
  • Mudah penat dan letih (akibat sel darah merah yang kurang).
  • Mual, muntah dan tiada selera makan.
  • Gatal-gatal di seluruh badan.
  • Bengkak pergelangan kaki
  • Sesak nafas
  • Urin/kencing berbuih atau berdarah
  • Kerap kencing pada waktu malam

 

APAKAH PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG?

Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.

Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.

Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni.

Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.

 

10 TABIAT PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG

Berikut adalah antara 10 senarai perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.

#1 – Tidak Minum Air yang Cukup

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menjadi punca sakit buah pinggang rosak termasuklah organ lain dalam tubuh kita.

#2 – Diet Tinggi Garam (Sodium) - Penggunaan bahan perasa berlebihan dalam masakan.

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.

PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

#3 – Selalu Bertangguh Membuang Air kecil (Tahan Kencing)

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha).

Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

 

#4 – Pengambilan Gula Berlebihan

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing.

Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

#5 – Mengabaikan Kepentingan Vitamin dan Mineral Penting

Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik.

Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang.

Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

#6 – Mengambil Sumber Protein Daripada Haiwan Secara Berlebihan

Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang.

Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

#7 – Tidak Cukup Tidur (Suka Tidur Lewat)

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik (insomnia) selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang.

Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.

Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda

#8 – Suka Minuman Berkafein

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang.

Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

#9 – Penyalahgunaan Pil Tahan Sakit (Painkiller) - Mengamalkan ubat penahan sakit secara tidak terkawal.

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut.

Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

Menurut Dr Zubaidi pada laman web beliau, amalan mengambil ubat penahan sakit secara tidak terkawal menyebabkan ramai golongan muda mengalami masalah kerosakkan buah pinggang. Ubat penahan sakit NSAIDs boleh menyebabkan saluran darah mengecut serta menyebabkan aliran darah ke buah pinggang berkurangan.

 

#10 – Pengambilan Alkohol

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!

 

NOTA PENTING:

  • TINDAKAN SEGERA WAJIB diambil apabila buah pinggang dah mula mengalami masalah terutamanya jika BUAH PINGGANG ROSAK.
  • Kerana bila rosak, ia akan terus merosak dan turut melibatkan masalah lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol, anemia, kekurangan vitamin D, fosforus & kalsium.
  • BUAH PINGGANG ROSAK tidak akan dapat dipulihkan kembali 100%, tetapi peluang untuk memperbaikinya dan mengelakkannya daripada melarat ke bahagian organ lain masih ada.

 

http://infokesihatan.org/20-cara-atasi-penyakit-buah-pinggang-dengan-berkesan/

Spread the info
Continue Reading

Buah Pinggang

WAJIB TAHU! Penyakit Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

Label: punca Penyakit Buah Pinggang, tanda Penyakit Buah Pinggang, cegah Penyakit Buah Pinggang

Spread the info
Photo: Shutterstock Buah Pinggang

Punca, Tanda & Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang

PUNCA-PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)

1. Penyakit buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

 

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG 
(Sumber: mauceriasokmo)

1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG
1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.
2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.
3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.
4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.
5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.
6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.
7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.

Info tambahan: Ini info yang tersebar meluas dalam internet tentang cara mencuci buah pinggang cara mudah dan murah. Tak pasti keberkesanannya tapi tak salah mencuba kan?
Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini. Caranya mudah sahaja:
1. Beli seikat daun SUP
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari , insya Allah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Selamat mencuba.
Spread the info
Continue Reading

Buah Pinggang

Cara Kenali Buah Pinggang Tidak Berfungsi

Label: buah pinggang tidak berfungsi, buah pinggang gagal berfungsi, kegagalan buah pinggang

Spread the info
Photo: Shutterstock

Bagaimana saya tahu buah pinggang saya tidak berfungsi dengan baik?

Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza dari seorang ke seorang. Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak boleh sedar tentang perubahan yang berlaku. Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadang-kadang dipanggil penyakit "senyap".

Walaubagaimanapun, anda boleh melihat beberapa tanda seperti yang telah disenaraikan di bawah:

 

  • Kejang Otot

    Ini kadang-kadang boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

     

  • Gatal-gatal

    Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.

     

  • Rasa Tidak Sihat

    Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh berasa tidak sihat. Anda boleh merasa mengantuk, keliru dan loya.

     

  • Sesak Nafas

    Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan anda. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru anda, anda akan berasa sesak nafas.

     

  • Perubahan Dalam Pengeluaran Air Kencing

    Anda mungkin perasan bahawa air kencing adalah berbuih, darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.

     

  • Rasa yang Teruk di Dalam Mulut Anda

    Sisa yang membina di dalam badan anda boleh menyumbang kepada rasa yang teruk di dalam mulut anda, kehilangan selera makan dan loya.

     

  • Rasa Letih dan Kelihatan Pucat

    Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan anda sentiasa berasa letih dan kurang bertenaga.

     

  • Bengkak di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata Anda

    Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, yang kemudiannya terperangkap dalam badan.

 

Spread the info
Continue Reading

Recent Posts

Title

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki 5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki
Kesihatan Lelaki3 months ago

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki

5 Penunjuk Aras Tahap Kesihatan Lelaki Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan...

penyebab penyakit diabetes penyebab penyakit diabetes
Diabetes4 months ago

Secara Senyap 5 Kebiasaan Ini Boleh Jadi Penyebab Penyakit Diabetes

Selama ini kebanyakan orang menduga bahwa penyebab penyakit diabetes ialah kebanyakannya mengambil gula secara berlebihan. Padahal diabetes atau kencing manis...

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia
Kesihatan Lelaki4 months ago

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk Mati pucuk juga dikenali sebagai ‘erectile dysfunction‘. Ia telah mengganggu lebih 50% pesakit yang...

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi
Batu Karang5 months ago

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi?

Batu karang terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan...

apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia
Batu Karang5 months ago

Apa Itu Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang berlaku akibat pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal....

Image result for kolesterol Image result for kolesterol
Jantung5 months ago

20 Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Tinggi yang Terbukti Secara Saintifik

Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Ramai yang rasa tertekan untuk menurunkan kolesterol setelah mendapati hasil ujian di klinik. Mendengar perkataan kolesterol...

rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia
Ekzema5 months ago

Wajib Baca: Panduan Rawatan Ekzema

Rawatan Ekzema yang paling penting ialah melembapkan kulit dan melegakan gatal.

ekzema-orang-dewasa-malaysia ekzema-orang-dewasa-malaysia
Ekzema5 months ago

Ekzema Orang Dewasa Lagi Sukar

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang disebabkan oleh keradangan kulit dan ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan yang mencukupi.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas
Kesihatan Umum5 months ago

TERKINI! Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan Penyakit Tangan,...

Image result for kencing tak lawas Image result for kencing tak lawas
Kencing Tak Lawas5 months ago

KENCING TAK LAWAS – Masalah Prostat?

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap,...

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com