Connect with us

Kesihatan Wanita

Kegemukan dan Kesihatan Peranakan Wanita

Label: kehamilan, kesihatan wanita, obesiti, kegemukan, reproduksi, peranakan

Spread the info
Photo: Shutterstock

dan Kesihatan Reproduksi Wanita

Tidak berapa lama dahulu, pernah terpampang di dada akhbar, tajuk berita yang menarik perhatian berbunyi:

“Malaysia negara orang gemuk”

Sama ada ianya kelihatan lucu atau sinis, ianya adalah satu fakta yang harus dicernakan dengan baik. Hakikatnya memang betul kerana statistik menunjukkan hampir 40% rakyat Malaysia dilanda obesiti.

Obesiti berkait dengan gaya hidup; banyaknya makan dan kurangnya beraktiviti akan menyebabkan lemak terkumpul secara perlahan-lahan sehingga seseorang tidak sedar ia berpindah dari berat ideal kepada overweight dan obes.

Obesiti memberi banyak implikasi terhadap kesihatan. Pelbagai penyakit dikaitkan dengan obesiti; misalnya kencing manis, darah tinggi, hypercholesterol, sakit jantung, sleep apnoe syndrome dan juga kanser tertentu seperti kanser colorectal dan rahim. Pada wanita khususnya obesiti boleh menganggu kesihatan reproduksi. Wanita yang obes boleh mengalami gangguan haid termasuk haid yang sangat jarang atau terlalu kerap kerana obesiti akan menyebabkan hormon reproduksi dirembeskan secara tidak teratur.

Obesiti juga akan mengurangkan kesuburan wanita kerana ianya juga boleh menyebabkan gangguan ovulasi iaitu pengeluaran benih wanita. Selain daripada itu, kualiti benih atau oocyte yang dihasilkan juga akan menurun. Pada pesakit obes yang akan menjalani rawatan kesuburan, dos ubat yang diperlukan adalah tinggi serta peratus kejayaan akan menurun. Tidak hairanlah jika negara yang memberi subsidi untuk rawatan kesuburan menetapkan berat badan dengan kriteria tertentu sebelum boleh diterima masuk dalam program rawatan.

Bagi pesakit yang telah berjaya hamil, dia masih berhadapan dengan risiko keguguran yang lebih tinggi pada pesakit obes. Selain daripada itu, risiko kelahiran juga adalah tinggi termasuk kelahiran secara pembedahan, risiko pendarahan, risiko tersangkut bahu bayi (shoulder dystocia) dan juga risiko pembekuan darah yang boleh menyebabkan embolism atau darah beku menutupi saluran darah paru-paru. Embolism ini merupakan satu komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Justeru itu, antara langkah yang telah diambil baru-baru ini adalah pemberian suntikan ubat pencair darah bagi ibu-ibu berisiko tinggi untuk pembekuan darah dan ini termasuk ibu yang obes.

Menangani gejala obesiti adalah seperti melentur buluh dari rebungnya. Segala usaha dan gaya hidup sihat harus diterapkan dari rumah dan sekolah. Mengambil pemakanan dengan kalori yang berpatutan dan juga aktiviti jasmani harus dilakukan secara konsisten. Agama Islam mengajar umatnya untuk memilih makanan yang halal dan baik. Baik ini bermaksud menepati kehendak piramid makanan dan juga kalori yang bersesuaian. Islam juga mengajar umatnya untuk makan secara sederhana dan berhenti makan sebelum merasa kenyang. Ini semua adalah tips pemakanan bagi menangani gejala obesiti yang merisaukan.

Dr Murizah bt Mohd Zain
Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan
Ketua Unit Infertiliti
Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah
Ketua Wanita Isma Alor Setar
Aktivis I-Medik Kedah

Spread the info

Kesihatan Wanita

10 Masalah Kesihatan Wanita Yang Anda Patut Tahu

Masalah kesihatan wanita bukan saja menjadi petanda penting mengenai kedudukan dan taraf mereka, malah sebagai ibu dan pengasuh kerana mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat.

Spread the info
masalah-kesihatan-wanita-malaysia
Photo: Shutterstock Kesihatan Wanita

10 Masalah Kesihatan Wanita Yang Kerap Dialami

Masalah kesihatan wanita bukan saja menjadi petanda penting mengenai kedudukan dan taraf mereka, malah sebagai ibu dan pengasuh kerana mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat.

Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.

Wanita merupakan tunjang keluarga. Sebagai seorang isteri dan ibu semestinya tanggungjawab seharian yang dipikul adalah berat. Oleh itu, wanita perlu sentiasa memastikan diri sentiasa sihat, cergas dan bertenaga dalam mengharungi hari-hari yang mencabar.

Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 8 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi pendedahan kepada semua wanita mengenai penting menjalani kehidupan sihat. Ini merujuk kepada kajian pertubuhan berkenaan yang melaporkan 10 isu utama berkaitan kesihatan golongan berkenaan.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Keluarga, Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak WHO, Dr Flavia Bustreo, sambutan memperingati Hari Wanita Antarabangsa bukan setakat mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang, tetapi turut memperjuangkan hak wanita untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan sewajarnya.

Ini kerana, selepas 20 tahun menandatangani perjanjian pada Pelan Tindakan dan Deklarasi Beijing 1995, wanita masih berdepan pelbagai masalah kesihatan dan menjadi tanggungjawab bersama untuk mena­ngani isu terbabit.

Sebagai wanita, pernahkah anda mengalami masalah kesihatan wanita yang buat anda rasa malu sehingga enggan berjumpa dengan doktor?

Jika situasi ini pernah anda alami, bermakna anda tidak sendirian kerana ada ramai kaum kerabat anda yang mengalami masalah kesihatan wanita yang berasa malu untuk mendapatkan rawatan doktor. Malah, disebabkan masalah kesihatan wanita yang berkaitan dengan bau nafas pun boleh membuatkan ramai yang malu untuk berjumpa dengan doktor. Apatah lagi, jika berhadapan dengan masalah penyakit menular seksual, lagilah malu, kan?

Berikut adalah 10 masalah kesihatan yang kerap dialami wanita:

1. Kanser

Kanser yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks. Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal sihat. Statistik global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.

Kebanyakan kes kematian berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan, manakala vaksin untuk virus human papilloma (HPV) ditangguhkan.

2. Kesihatan reproduksi

Masalah kesihatan reproduksi dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Seks yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi yang diperlukan.

3. Kesihatan ibu

Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika kehamilan dan kelahiran yang diperkenalkan sedekad lalu. Namun, kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika perancangan keluarga dan kemudahan asas disediakan.

4. HIV

Sejak 30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada penyakit jangkitan seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.

Mereka terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara berpendapatan rendah.

5. Penyakit jangkitan seks (STI)

Walaupun jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan kelamin paling kerap dialami di seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.

Ini kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru dilahirkan.

6. Keganasan terhadap wanita

Wanita mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain, adalah paling menyakitkan.

Hari ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.

Oleh itu, penting kepada mereka yang sihat untuk sentiasa prihatin terhadap keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.

7. Kesihatan mental

Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan, kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan. Kemurungan adalah masalah kesihatan mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.

Oleh itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi sokongan untuk mendapatkan bantuan.

8. Penyakit tidak berjangkit (NCD)

Pada 2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut akibat kemalangan jalan raya, merokok, alkohol, dadah dan obesiti. Dianggarkan 50 peratus wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti dan membantu remaja perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat di peringkat awal adalah kunci kesihatan hidup.

9. Menjadi ibu muda

Remaja perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun melahirkan anak setiap tahun.

Komplikasi daripada kehamilan dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.

10. Menjadi tua

Kebanyakan wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial. Selain berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.

 

Makanan Yang Baik Untuk kesihatan wanita.

Seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini, wanita dan lelaki amatlah berbeza. Oleh itu, makanan yang terbaik untuk wanita adalah adalah lebih kursus dan berbeza dengan lelaki. Antara makanan terbaik untuk kesihatan wanita adalah :

1. Sayur-sayuran HijauSayuran hijau kaya dengan serat dan nutrient penting untuk tubuh badan. Tahukah anda. Semakin pahit rasa sayur, semakin banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Anda boleh mengamalkan sayur hijau sebagai diet anda sekurang-kurangnya 3 hidangan setiap hari.

2. Protein Soya.

Protein soya mampu membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pengambilan sekurang-kurangnya 25 gram protein soya setiap hari, menggalakkan kesihatan anda. Pastikan soya tidak tercemar dengan GMO.

3. Bijirin

Makanan seperti beras perang, roti gandum dan barli sangat bagus untuk wanita terutamanya untuk mencegah masalah pencernaan.

4. Makanan tinggi asid folik

Makanan tinggi folat atau tinggi asid folik ini sangat bagus terutamanya kepada wanita hamil. Antara makanan yang tinggi kandungan asid folik adalah buat oren, kekacang, asparagus dan jagung. Ibu hamil amat memerlukan asid folik bagi memastikan perkembangan saraf dan jantung bayi yang baik. Pastikan anda mengambil sehingga 400 microgram (mcg) setiap hari.

5. Jus Kranberi.

Wanita amat mudah mendapat jangkitan atau masalah kencing kotor. Tahukah anda, jus kranberi sangat bagus dalam mencegah jangkitan ini dimana ia berfungsi mencegah bakteria dari melekat pada dinding pundi dan saluran kencing. Penyelidikan terbaru kini mendedahkan bahawa kranberi mampu mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

6. Air Kosong.

Air adalah sangat penting untuk proses metabolisma dalam badan.Selain membantu sistem penghadaman, pengambilan air kosong yang banyak juga mampu mengawal berat badan. Minum 3 liter air (8-10 gelas) sehari adalah penting bagi memastikan kandungan air dalam badan kita adalah mencukupi.

7. Pengambilan Vitamin C

Penambilan vitamin C amat bagus untuk kesihatan menyeluruh kerana vitamin C kaya dengan anti oksidan dan mampu menurunkan risiko penyakit jantung. Ambil sekurang- kurangnya 75 miligram vitamin C sudah memadai sebagai rutin diet seharian anda. Antara makanan yang tinggi vitamin C adalah strawberi, lada merah, lada hijau brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan sebagainya.

Selain daripada makanan yang dinyatakan di atas, anda juga boleh mengambil supplement sebagai langkap penjagaan kesihatan yang lebih mudah dan selamat. Set Kesihatan Wanita Shaklee ini sangat membantu untuk mengekalkan, memulih dan meningkatkan kesihatan wanita agar tampak lebih muda remaja.

Spread the info
Continue Reading

Kesihatan Wanita

12 CARA PENJAGAAN ALAT SULIT WANITA

Sila ambil perhatian. Penjagaan alat sulit wanita perlulah diberi perhatian teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di bilik tidur.

Label: kesihatan wanita, keputihan wanita, penjagaan alat sulit wanita, penjagaan alat kelamin

Spread the info
CARA PENJAGAAN ALAT SULIT WANITA
Photo: Shutterstock

Sila ambil perhatian. Penjagaan alat sulit wanita perlulah diberi perhatian teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di bilik tidur.

1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan $eks untuk mengurankan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam f@raj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari f@raj di samping mendedahkan f@raj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah $eks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopos.

9) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph f@raj dan telah diuji kebersihannya.

Spread the info
Continue Reading

Kesihatan Wanita

10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Anda Wajib Tahu

Sebagai ibu, penjaga dan tonggak sebuah rumah tangga, aspek Kesihatan Wanita boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.Ini termasuklah 10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Wajib Anda Tahu.

Label: kesihatan wanita, sihat wanita, info wanita, masalah wanita

Spread the info
10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Anda Wajib Tahu
Photo: Shutterstock

Sebagai ibu, penjaga dan tonggak sebuah rumah tangga, aspek Kesihatan Wanita boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.Ini termasuklah 10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Wajib Anda Tahu.

10 Aspek Kesihatan Wanita Yang Anda Kena Tahu:

1. KANSER

Image result for cancer health

Kanser yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks. Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal sihat. Statistik global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.

Kebanyakan kes kematian berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan.

 

2. KESIHATAN REPRODUKSI

Masalah kesihatan reproduksi dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Seks yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi yang diperlukan.

Related image

 

3. KESIHATAN IBU

 happy friends

Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika kehamilan dan kelahiran yang diperkenalkan sedekad lalu. Namun, kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika perancangan keluarga dan kemudahan asas disediakan.

 

 

4. HIV
Image result for women hivSejak 30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada penyakit jangkitan seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.

Mereka terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara berpendapatan rendah.

 

5. PENYAKIT JANGKITAN SEKS (STI)

Walaupun jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan kelamin paling kerap dialami di seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.

Image result for women sti

Ini kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru dilahirkan.

 

6. KEGANASAN TERHADAP WANITA

Wanita mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain, adalah paling menyakitkan.

 

Image result for old women abuse

Hari ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.

Oleh itu, penting kepada mereka yang sihat untuk sentiasa prihatin terhadap keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.

 

 

7. KESIHATAN MENTAL

Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan, kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan. Kemurungan adalah masalah kesihatan mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.

Related image

 

Oleh itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi sokongan untuk mendapatkan bantuan.

 

8. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)

Pada 2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut akibat merokok, alkohol, dadah dan obesiti. Dianggarkan 50% wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti. Menanam kesedaran awal di kalangan remaja perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat adalah kunci kesihatan hidup.

 

 

 

9. MENJADI IBU MUDA

kesihatan wanita

Remaja perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun melahirkan anak setiap tahun.

Komplikasi daripada kehamilan dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.

 

10. MENJADI TUA

kesihatan wanita 3Kebanyakan wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial. Selain berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.

Spread the info
Continue Reading

Recent Posts

Title

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki 5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki
Kesihatan Lelaki3 months ago

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki

5 Penunjuk Aras Tahap Kesihatan Lelaki Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan...

penyebab penyakit diabetes penyebab penyakit diabetes
Diabetes4 months ago

Secara Senyap 5 Kebiasaan Ini Boleh Jadi Penyebab Penyakit Diabetes

Selama ini kebanyakan orang menduga bahwa penyebab penyakit diabetes ialah kebanyakannya mengambil gula secara berlebihan. Padahal diabetes atau kencing manis...

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia
Kesihatan Lelaki5 months ago

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk Mati pucuk juga dikenali sebagai ‘erectile dysfunction‘. Ia telah mengganggu lebih 50% pesakit yang...

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi
Batu Karang5 months ago

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi?

Batu karang terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan...

apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia
Batu Karang5 months ago

Apa Itu Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang berlaku akibat pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal....

Image result for kolesterol Image result for kolesterol
Jantung5 months ago

20 Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Tinggi yang Terbukti Secara Saintifik

Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Ramai yang rasa tertekan untuk menurunkan kolesterol setelah mendapati hasil ujian di klinik. Mendengar perkataan kolesterol...

rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia
Ekzema5 months ago

Wajib Baca: Panduan Rawatan Ekzema

Rawatan Ekzema yang paling penting ialah melembapkan kulit dan melegakan gatal.

ekzema-orang-dewasa-malaysia ekzema-orang-dewasa-malaysia
Ekzema5 months ago

Ekzema Orang Dewasa Lagi Sukar

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang disebabkan oleh keradangan kulit dan ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan yang mencukupi.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas
Kesihatan Umum5 months ago

TERKINI! Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan Penyakit Tangan,...

Image result for kencing tak lawas Image result for kencing tak lawas
Kencing Tak Lawas5 months ago

KENCING TAK LAWAS – Masalah Prostat?

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap,...

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com