Connect with us

Kesihatan Lelaki

Lelaki Semakin Ketidaksuburan

Dari aspek perubatan ketidaksuburan membawa maksud berbeza apabila mandul ditakrifkan sebagai ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau kegagalan seorang lelaki memulakan penghamilan. Dua keadaan itu tidak boleh dirawat.
Label: lelaki subur, kesuburan lelaki, lelaki tidak subur, info kesihatan lelaki

Spread the info
Lelaki Semakin Tidak Subur
Photo: Shutterstock Ketidaksuburan

Masih ada salah tanggapan yang meluas dalam kalangan masyarakat terhadap istilah mandul dan ketidaksuburan.

Dari aspek perubatan kedua-duanya membawa maksud berbeza apabila mandul ditakrifkan sebagai ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau kegagalan seorang lelaki memulakan penghamilan. Dua keadaan itu tidak boleh dirawat.

Sedangkan ketidaksuburan lebih kepada kesukaran pasangan untuk hamil tetapi masih boleh dirawat.

Lazimnya, apabila berlaku isu ketidaksuburan dalam rumah tangga, wanita atau isteri akan terlebih dahulu dituding sebagai penyebabnya, biarpun lelaki atau suami berkongsi risiko yang sama.

 

Image result for lelaki tidak subur

 

Hari ini peningkatan kes ketidaksuburan di negara ini semakin ketara, malah menurut Pakar Kesuburan KL Fertility Centre, Dr. Agilan Arjunan, berdasarkan pengalaman 40 hingga 50 peratus pasangan yang mendapatkan khidmat rundingan kesuburan adalah berpunca daripada pihak lelaki.

Katanya, peratusan tersebut dilihat mengalami banyak peningkatan jika hendak dibandingkan antara 10 hingga 15 tahun lalu.

Ini menggambarkan kemerosotan kualiti sperma lelaki Malaysia yang semakin meruncing.

“Malangnya, di Malaysia kita sebenarnya tidak mempunyai statistik rasmi, tetapi dengan melihat peningkatan pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan menunjukkan kesihatan kesuburan lelaki sememangnya menurun.

“Menurut statistik di pusat kami, kesuburan wanita akan mula menurun dari umur 35 tahun dan ke atas, yang mana peluang untuk hamil melalui kaedah pembenihan in-vitro (IVF) bagi wanita berusia lingkungan tersebut adalah sekitar 60 hingga 70 peratus.

“Dan pada usia 40 tahun, peluang untuk hamil akan berkurangan kepada 20 peratus,” ujarnya.

Dr. Agilan berkata, statistik juga menunjukkan satu daripada enam pasangan mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.

Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menunjukkan, dari tahun 2010 hingga 2015 menunjukkan kadar kesuburan pasangan di negara ini semakin merosot sehingga 1.97 kanak-kanak untuk setiap isi rumah.

Angka ini dijangkakan akan terus menurun sehingga 1.90 kanak-kanak untuk setiap isi rumah menjelang tahun 2020 dan berterusan sehingga 1.72 pada tahun 2050.

Beliau berkata, tiga faktor yang menyebabkan penurunan kadar kesuburan di Malaysia ialah penangguhan kehamilan oleh wanita, peningkatan ketidaksuburan lelaki, dan kos rawatan kesuburan.

Jelasnya lagi, kes ini berlaku kerana lebih ramai wanita Malaysia hari ini mengutamakan karier dan mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Mengulas lanjut, Dr. Agilan berkata, penurunan kualiti sperma dalam kalangan lelaki Malaysia dipercayai dipengaruhi pelbagai faktor terutama gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan minuman alkohol, dan obesiti, selain terdedah dengan makanan yang mengandungi bahan kimia.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan tekanan kerja dan gangguan harian merupakan juga menyebabkan penurunan kualiti sperma, seperti tidak cukup sifat atau cacat iaitu sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.

Dr. Agilan turut menjelaskan, faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca ketidaksuburan kerana semakin umur meningkat kualiti sperma semakin menurun.

Pada masa yang sama, mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan juga boleh mengakibatkan masalah kesuburan baik kepada perempuan atau pun lelaki.

Ulas beliau lagi, walaupun lelaki tidak mempunyai had apabila dikaitkan dengan tahap kesuburan tetapi jelasnya lima tahun kebelakangan ini banyak lelaki muda datang dengan masalah kurang kualiti sperma.

“Kesedaran mengenai masalah ketidaksuburan dan rawatan baginya masih lagi rendah dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Walaupun ketika dilahirkan seorang lelaki itu memiliki tahap kesihatan seksual yang normal, pendedahan kepada faktor persekitaran yang tidak sihat ketika mereka membesar akhirnya boleh mengubah kesihatan kesuburan lelaki tersebut.

“Oleh yang demikian, pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu,” katanya.

Kajian global turut menunjukkan bahawa purata bilangan sperma dari 1930 hingga 1990 telah berkurangan hampir separuh.

Malah kajian yang dijalankan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini turut mendapati kualiti air mani lelaki berusia 20 hingga 30 tahun turun sebanyak 43 peratus.

Hasil kajian ini menjadi keputusan penting kepada pihak-pihak berkaitan untuk membuat rumusan bahawa Malaysia kini perlu mempertingkatkan rawatan kesuburan dalam kalangan rakyatnya.

Apa yang penting ialah setiap pasangan seharusnya menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi seterusnya berusaha untuk mendapatkan zuriat.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Spread the info
Continue Reading

Kesihatan Lelaki

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki

5 Penunjuk Aras Tahap Kesihatan Lelaki

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan, merawat. Bagi lelaki kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan lelaki dipandang ringan.

Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.

Petanda Kesihatan Lelaki 1 : Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.
Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian. Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.

Petanda Kesihatan Lelaki 2 : Warna air kencing
Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.

Petanda Kesihatan Lelaki 3 : Pancutan air mani
Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia – keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

Petanda Kesihatan Lelaki 4 : Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm
Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

Petanda Kesihatan Lelaki 5 : Kulit anjal
Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.

Adakah anda lelaki yang sihat? Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat. Walaupun lima tanda ini bukan penentu muktamad namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.

Spread the info
Continue Reading

Kesihatan Lelaki

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk

Mati pucuk juga dikenali sebagai ‘erectile dysfunction‘. Ia telah mengganggu lebih 50% pesakit yang telah memasuki umur 40 tahun. Masalah ini adalah masalah yang selalu berlaku di dalam masyarakat dan ia boleh menyebabkan kemurungan kepada pesakit tersebut.

 

Ketegangan alat kelamin lelaki adalah disebabkan integrasi diantara sistem saraf pusat, sistem saraf periferi, hormon dan juga sistem pembuluh darah. Apa-apa perkara yang menyebabkan sistem ini tidak berfungsi dengan normal, ia akan menyebabkan lelaki tersebut mengalami masalah ereksi, ejakulasi ataupun orgasm.

 

Kriteria bagi mengesahkan Mati Pucuk

Untuk diagnosis Mati pucuk, kriteria yang digunakan adalah berpandukan pada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition(DSM-5). Kriteria tersebut adalah

  • Hampir ke semua aktiviti seksual ini dirasakan: 1) Susah untuk mendapat ereksi ketika hubungan seksual berlaku. 2) Susah untuk mengekalkan keadaan ereksi sehinggalah hubungan seks berakhir. 3) Alat kelamin mempunyai ketidaktegangan yang ketara.
  • Simptom tersebut berlaku secara berterusan selama 6 bulan
  • Simptom tersebut menyebabkan stres yang ketara pada individu tersebut
  • Masalah tersebut bukan disebabkan masalah mental yang lain, penyakit, kesan ubat ataupun masalah hubungan kepada pasangan.

Punca Mati Pucuk

Mati pucuk mempunyai pelbagai faktor dan ia boleh dibahagikan seperti dibawah

Penyebab yang berasal daripada masalah pembuluh darah

  • Atherosclerosis
  • Serangan sakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Kerosakan pembuluh darah disebabkan rawatan radioterapi
  • Kerosakan pembuluh darah disebabkan rawatan kanser prostat

Penyebab yang berasal daripada penyakit sistemik

  • Kencing manis
  • Kegagalan buah pinggang
  • Cirrhosis hati
  • Kanser dan rawatan kanser
  • Kolesterol yang tinggi

Penyebab yang berasal daripada masalah saraf

  • Epilepsy
  • Angin Ahmar
  • Multiple sclerosis
  • Gullain-Barre syndrome
  • Penyakit alzheimer
  • Slipped disc

Penyebab yang berasal daripada masalah paru-paru

  • Chronic obstructive airway disease
  • Sleep apnea

Penyebab yang berasal daripada masalah endokrin

  • Hipertiroid
  • Hipotiroid
  • Hipogonadism
  • Kencing manis

Penyebab yang berasal daripada masalah alat kelamin

  • Peyronie disease – Adalah masalah terdapat tisu parut di bahagian zakar yang menyebabkan zakar membengkok ketika mana ereksi berlaki. Bahkan ia boleh menyebabkan rasa sakit ketika ereksi
  • Epispadias
  • Priapism

Penyebab yang berlaku disebabkan masalah psiakitri

  • Depresi (tekanan perasaan)
  • Perfomance anxiety
  • Posttraumatic stress disorder

Penyebab yang berlaku disebabkan beberapa jenis ubat

  • Ubat tekanan darah tinggi. Spesifik kepada ubat jenis beta blocker.
  • Ubat anti-depressi
  • Ubat anti-psychotic

Penyiasatan

Beberapa perkara perlu di siasat daripada pesakit jika dia menunjukkan simptom mati pucuk.

Tekanan darah dan juga bacaan gula perlulah diambil bagi pesakit yang mengalami masalah ini. Ini kerana salah satu punca yang selalu menyebabkan pesakit mengalami masalah mati pucuk adalah penyakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Pesakit yang mengalami tekanan perasaan dan kurangnya kehendak untuk melakukan seks perlulah menjalani pemeriksaan hormon seperti testosterone dan juga hormon thyroid. Ini kerana jika hormon tersebut kurang ia akan menyebabkan masalah hypogonadism(kurang testosterone) ataupun hipotiroid(kurang hormon thyroid). Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan masalah mati pucuk

Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan HbA1c ataupun random blood sugar untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami kencing manis ataupun tidak. Bacaan kolesterol juga perlu di ambil untuk melihat sama ada pesakit mengalami masalah kolesterol tinggi (hypercholesterolemia) yang juga boleh menyebabkan mati pucuk

Rawatan Mati Pucuk

Perlu diketahui oleh individu yang mengalami masalah ini, mereka perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang sesuai dengan keadaan pesakit.

Penerangan ini adalah lebih kepada beberapa jenis rawatan berkenaan masalah ini.

Rawatan Ubat-ubatan

  • Phosphodiesterase-5 inhibitors
    • Contoh ubat adalah Slidenafil, verdenafil dan avanafil
    • Fungsi ubat ini adalah untuk mengembangkan saluran darah supaya darah banyak masuk ke dalam alat kelamin dan menyebabkan ereksi dapat berlaku
  • Androgens
    • Ubat ini adalah sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan hormon testosterone dalam darah(hypogonadism).
    • Hormon yang digunakan untuk mungkin membantu pesakit setelah rawatan ubat-ubatan yang lain gagal dalam merawat masalah tersebut
  • Intraurehtral Prostaglandin E1 pellet
    • Pilihan yang lain untuk masalah ini adalah dengan memasukan ubat prostaglandin terus ke dalam saluran air kencing iaitu saluran urehtra. Ia berfungsi untuk membuka saluran darah ke dalam alat kelamin agar ereksi berlaku

Penggunaan alat

Terdapat beberapa alat yang boleh digunakan untuk memberi ketengangan kepada alat kelamin

  • Alat Penyempitan pangkal kelamin
    • Ada sesetengah pesakit yang mengalami masalah pembuluh darah di bahagian kelamin. Penggunaan alat ini adalah dengan cara menghimpit pangkal zakar supaya darah di dalam zakar tidak boleh mengalir keluar dengan cepat.
    • Dengan itu alat kelamin dapat kekal dalam keadaan tegang bagi sesuatu tempoh yang lama.
  • Alat Vakum
    • Alat vakum digunakan untuk menarik darah masuk ke dalam kelamin supaya ia kelamin mengalami ereksi. Setelah alat kelamin mengalami ereksi, satu getah ataupun alat digunakan bagi menghimpit bahagian pangkal zakar supaya darah masih kekal dalam alat kelamin.
    • Ini akan menyebabkan keadaan ereksi boleh dikekalkan dalam satu tempoh yang lebih lama

Pembedahan

Terdapat beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan kepada pesakit yang masih mengalami masalah ini setelah penggunaan ubat mahupun alat.

Salah satu pembedahan yang dilakukan adalah memasukkan implan ke dalam alat kelamin. Implan tersebut tidaklah menyebabkan pesakit mengalami ereksi tetapi akan masih membenarkan penetrasi berlaki ketika melakukan hubungan seksual walaupun pasangan lelaki tidak mengalami ereksi

***Peringatan penting. Tidak semua rawatan ini disediakan di setiap hospital. Oleh itu, perbincangan dengan pakar perlu dilakukan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada pesakit.

 

Tips untuk mengelakkan Mati Pucuk

Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untk mengelakkan ataupun merawat masalah mati pucuk

  • Kawal berat badan: Mereka yang mengalami berlebihan berat badan ataupun obese akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis ataupun darah tinggi.
  • Pemeriksaan tekanan darah secara berkala: Masalah tekanan darah tinggi mungkin akan menyebabkan kurangnya darah mengalir kebahagian alat kelamin menyebabkan mati pucuk. Dengan mengetahui bacaaan tekanan darah anda, rawatan dapat dimulakan dengan segera jika anda mengalami masalah tersebut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang meningkatkan kolesterol: Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan kolesterol seperti gula, lemak tepu dan jugak lemak trans. Kolesterol ini boleh terenap pada saluran darah menyebabkan penyempitan saluran darah berlaku.
  • Kawal bacaan gula: Jika anda mengalami kencing manis, anda dinasihati untuk mengawal bacaan gula anda dengan baik. Jika tidak kencing manis tersebut mungkin akan merosakkan saraf ke bahagian kelamin menyebabkan zakar anda tidak mampu untuk tegang
  • Berhenti merokok: Mereka yang merokok mempunyai potensi besar untuk mengalami masalah mati pucuk. Oleh itu, merokok bukanlah sesuatu yang macho kerana ia boleh meragut kelakian anda
  • Bersenam: Senaman boleh membantu mengurangkan berat badan dan membantu badan mengawal gula dengan lebih berkesan. Ini akan mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi
  • Uruskan stress anda dengan betul
  • Elakkan daripada penggunaan dadah

Rujukan:

  1. American Psychiatric Association. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition. Arlington, VA: American Psychiatric Association; 2013:426-9.
  2. Montague DK, Jarow JP, Broderick GA, Dmochowski RR, Heaton JPW, Lue TF, et al. Erectile Dysfunction. American Urological Association. Available at http://www.auanet.org/guidelines/erectile-dysfunction-(2005-reviewed-and-validity-confirmed-2011). 2011;
  3. Nehra A, Blute ML, Barrett DM, Moreland RB. Rationale for combination therapy of intraurethral prostaglandin E(1) and sildenafil in the salvage of erectile dysfunction patients desiring noninvasive therapy. Int J Impot Res. 2002 Feb. 14 Suppl 1:S38-42.
  4. Latini DM, Penson DF, Lubeck DP, Wallace KL, Henning JM, Lue TF. Longitudinal differences in disease specific quality of life in men with erectile dysfunction: results from the Exploratory Comprehensive Evaluation of Erectile Dysfunction study. J Urol. 2003 Apr. 169(4):1437-42.
  5. Miner M, Seftel AD, Nehra A, Ganz P, Kloner RA, Montorsi P, et al. Prognostic utility of erectile dysfunction for cardiovascular disease in younger men and those with diabetes. Am Heart J. 2012 Jul. 164(1):21-8
  6. Burchardt M, Burchardt T, Baer L, Kiss AJ, Pawar RV, Shabsigh A, et al. Hypertension is associated with severe erectile dysfunction. J Urol. 2000 Oct. 164(4):1188-91.
  7. Rahnema CD, Lipshultz LI, Crosnoe LE, Kovac JR, Kim ED. Anabolic steroid-induced hypogonadism: diagnosis and treatment. Fertil Steril. 2014 May. 101 (5):1271-9.
  8. Costabile RA. Optimizing treatment for diabetes mellitus induced erectile dysfunction. J Urol. 2003 Aug. 170(2 Pt 2):S35-8; discussion S39.
  9. Gambar featured image daripada xanax-wiki.com
Spread the info
Continue Reading

Kencing Tak Lawas

KENCING TAK LAWAS – Masalah Prostat?

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.

Spread the info
Image result for kencing tak lawas
Photo: Shutterstock Kencing Tak Lawas

Masalah Prostat Akibatkan Kencing Tak Lawas

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.

Kanser yang berlaku pada prostat menghenyak pundi kencing menyebabkan pesakit berasa kerap mahu membuang air kecil atau tidak dapat menahan kencing. Pada masa sama prostat yang membesar kerana kanser turut menghimpit salur kencing menyebabkan aliran air kencing tersekat dan susah mengalir keluar. Itulah punca kencing tidak puas atau sakit ketika membuang air kecil,

Kanser Prostat

kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya. Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang yang mengundang risiko lebih besar.

Peringkat satu dan dua hanya membabitkan 5 peratus kanser di sekitar kelenjar. Peringkat tiga pula ia mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. Dan tahap empat yang dikategorikan serius ialah kanser mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang. Serangan ke atas tulang belakang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang malah boleh mengakibatkan lumpuh

 

Image result for kencing tak lawas

 

Punca Masalah Kencing Tidak Lawas

Kencing tak lawas terjadi apabila tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa. Jadi, masih ada saki baki air kencing di dalam pundi kencing pesakit. Keadaan ini akan menyebabkan kencing yang kedua, atau seterusnya, mempunyai aliran air kencing yang mengecil. Seterusnya akan buat rasa tersekat-sekat, rasa tidak puas buang air kecil, dan berulang ke tandas.

 

Punca masalah kencing tak lawas di kalangan warga emas lelaki biasanya disebabkan oleh:

  1. Otot pundi kencing yang lemah dan tidak stabil.
  2. Kelenjar prostat bengkak.
  3. Kanser prostat.
  4. Kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing).
  5. Batu karang di saluran, atau dalam pundi kencing.
  6. Masalah saraf yang disebabkan oleh penyakit multiple sclerosis.
  7. Kecederaan saraf tulang belakang.
Spread the info
Continue Reading

Recent Posts

Title

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki 5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki
Kesihatan Lelaki3 months ago

5 Petunjuk Tahap Kesihatan Lelaki

5 Penunjuk Aras Tahap Kesihatan Lelaki Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan...

penyebab penyakit diabetes penyebab penyakit diabetes
Diabetes4 months ago

Secara Senyap 5 Kebiasaan Ini Boleh Jadi Penyebab Penyakit Diabetes

Selama ini kebanyakan orang menduga bahwa penyebab penyakit diabetes ialah kebanyakannya mengambil gula secara berlebihan. Padahal diabetes atau kencing manis...

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk malaysia
Kesihatan Lelaki5 months ago

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk

Punca dan Rawatan Masalah Mati Pucuk Mati pucuk juga dikenali sebagai ‘erectile dysfunction‘. Ia telah mengganggu lebih 50% pesakit yang...

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi
Batu Karang5 months ago

Apa Yang Menyebabkan Batu Karang Boleh Terjadi?

Batu karang terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan...

apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia apa-itu-penyakit-batu-karang-malaysia
Batu Karang5 months ago

Apa Itu Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang berlaku akibat pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal....

Image result for kolesterol Image result for kolesterol
Jantung5 months ago

20 Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Tinggi yang Terbukti Secara Saintifik

Cara Pantas Menurunkan Kolesterol Ramai yang rasa tertekan untuk menurunkan kolesterol setelah mendapati hasil ujian di klinik. Mendengar perkataan kolesterol...

rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia rawatan-ekzema-kanak-kanak-malaysia
Ekzema5 months ago

Wajib Baca: Panduan Rawatan Ekzema

Rawatan Ekzema yang paling penting ialah melembapkan kulit dan melegakan gatal.

ekzema-orang-dewasa-malaysia ekzema-orang-dewasa-malaysia
Ekzema5 months ago

Ekzema Orang Dewasa Lagi Sukar

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang disebabkan oleh keradangan kulit dan ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan yang mencukupi.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas
Kesihatan Umum5 months ago

TERKINI! Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan Penyakit Tangan,...

Image result for kencing tak lawas Image result for kencing tak lawas
Kencing Tak Lawas5 months ago

KENCING TAK LAWAS – Masalah Prostat?

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap,...

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com