Buah Pinggang
PAINKILLER Rosakkan Buah Pinggang!
Ramai yang amalkan painkiller untuk kesan yang cepat dalam memberhenti sakit terutama sakit sendi, gout dan migrain. Namun kesan dos berlebihan sangat berbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang. Sebolehnya jangan terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit (painkiller).

BAHAYA PAIN KILLER!! TAHUKAH ANDA??
Adakah PAINKILLER Rosakkan Buah Pinggang? Ramai yang amalkan painkiller untuk kesan yang cepat dalam memberhenti sakit terutama sakit sendi, gout dan migrain. Namun kesan dos berlebihan sangat berbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang. Sebolehnya jangan terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit (painkiller).
Mengambil ubat tahan sakit hanya pulih sementara dan akan menyerang bila-bila masa. Sebaiknya carilah penawar untuk mengelakkan penyakit ini tidak berulang
Banyak ubat painkiller boleh merosakkan fungsi dan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Dan jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, ubat-ubatan boleh terkumpul (build up) dalam badan.
Contoh : Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen dan naproxen.
NSAIDs boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang. Ia juga terdapat dalam ubat-ubatan moden untuk demam, selesema, batuk dan ubat untuk atasi masalah tidur. Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik, doktor mungkin menasihati anda untuk terus mengambil ubat dengan mengubah berapa banyak yang anda ambil atau anda boleh menukar kepada ubat yang berbeza.
Jangan berhenti menggunakan sebarang ubat preskripsi tanpa terlebih dahulu berbincang dengan doktor.
PAKAR NEFROLOGI BERI AMARAN TENTANG PENGGUNAAN UBAT PENAHAN SAKIT-PAINKILLER.
Banyak Ubat Boleh Merosakkan Buah Pinggang
PAINKILLER Rosakkan Buah Pinggang!
Sebab Migrain Ambil Ubat (Ponstan)
Asalnya, beliau ada migrain.
Sebab ia kerap berlaku dan mengganggu kehidupan sebagai student universiti, beliau ambil painkiller (Ponstan – NSAID) untuk melegakan kesakitan tersebut.
Jadi, selesailah masalah untuk sementara waktu.
Beberapa bulan selepas pengambilan painkiller dengan kerap, beliau mula mengalami kerosakan buah pinggang.
Akhirnya ia berada pada tahap 5 dan tak boleh diselamatkan lagi.
Pengambilan ubat berlebihan boleh menyebabkan kesihatan merosot dengan sangat pantas.
Spesifik untuk kes ini, ubat tahan sakit rosakkan buah pinggang beliau.
Buah Pinggang
Nak Tahu 10 Punca Sakit Buah Pinggang Yang Selalu Kita Buat?
BUAH PINGGANG YANG SUDAH ROSAK akan TERUS ROSAK sampailah ke tahap ia akan GAGAL SEPENUHNYA dan ini bermakna NYAWA jadi taruhan. Tapi, apakah dia punca sakit buah pinggang ni?

10 Punca Sakit Buah Pinggang Yang Selalu Kita Buat
BUAH PINGGANG YANG SUDAH ROSAK akan TERUS ROSAK sampailah ke tahap ia akan GAGAL SEPENUHNYA dan ini bermakna NYAWA jadi taruhan. Tapi, apakah dia punca sakit buah pinggang ni?
Kalau anda didapati sedang atau berisiko menghidap kerosakan buah pinggang…
Berfikir panjang untuk mendapatkan penawar terbaik bukanlah langkah yang bijak. Jangan tunggu bila segalanya dah TERLEWAT… masa tu nanti tak ada apa lagi dah yang mampu membantu hatta anda ada duit berjuta…
Buah pinggang rosak biasanya berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala sehinggalah ianya mencapai tahap yang teruk. Sebenarnya, perkara yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak sangat selalu kita lakukan tanpa kita sedari. Eh...bagaimana pula tu? Jom ketahui apakah perkara yang boleh menyebabkan buah pinggang menjadi rosak.
PELUANG untuk kembali sihat masih ada….
Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak.
- Mudah penat dan letih (akibat sel darah merah yang kurang).
- Mual, muntah dan tiada selera makan.
- Gatal-gatal di seluruh badan.
- Bengkak pergelangan kaki
- Sesak nafas
- Urin/kencing berbuih atau berdarah
- Kerap kencing pada waktu malam
APAKAH PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG?
Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.
Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.
Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni.
Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.
10 TABIAT PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG
Berikut adalah antara 10 senarai perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.
#1 – Tidak Minum Air yang Cukup
Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menjadi punca sakit buah pinggang rosak termasuklah organ lain dalam tubuh kita.
#2 – Diet Tinggi Garam (Sodium) - Penggunaan bahan perasa berlebihan dalam masakan.
Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.
PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.
#3 – Selalu Bertangguh Membuang Air kecil (Tahan Kencing)
Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha).
Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.
#4 – Pengambilan Gula Berlebihan
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing.
Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
#5 – Mengabaikan Kepentingan Vitamin dan Mineral Penting
Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik.
Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang.
Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.
#6 – Mengambil Sumber Protein Daripada Haiwan Secara Berlebihan
Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang.
Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.
#7 – Tidak Cukup Tidur (Suka Tidur Lewat)
Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik (insomnia) selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang.
Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.
#8 – Suka Minuman Berkafein
Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang.
Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
#9 – Penyalahgunaan Pil Tahan Sakit (Painkiller) - Mengamalkan ubat penahan sakit secara tidak terkawal.
Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut.
Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.
Menurut Dr Zubaidi pada laman web beliau, amalan mengambil ubat penahan sakit secara tidak terkawal menyebabkan ramai golongan muda mengalami masalah kerosakkan buah pinggang. Ubat penahan sakit NSAIDs boleh menyebabkan saluran darah mengecut serta menyebabkan aliran darah ke buah pinggang berkurangan.
#10 – Pengambilan Alkohol
Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.
Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!
NOTA PENTING:
- TINDAKAN SEGERA WAJIB diambil apabila buah pinggang dah mula mengalami masalah terutamanya jika BUAH PINGGANG ROSAK.
- Kerana bila rosak, ia akan terus merosak dan turut melibatkan masalah lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol, anemia, kekurangan vitamin D, fosforus & kalsium.
- BUAH PINGGANG ROSAK tidak akan dapat dipulihkan kembali 100%, tetapi peluang untuk memperbaikinya dan mengelakkannya daripada melarat ke bahagian organ lain masih ada.
http://infokesihatan.org/20-cara-atasi-penyakit-buah-pinggang-dengan-berkesan/
Buah Pinggang
WAJIB TAHU! Penyakit Buah Pinggang
Penyakit buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.
Label: punca Penyakit Buah Pinggang, tanda Penyakit Buah Pinggang, cegah Penyakit Buah Pinggang

Punca, Tanda & Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang
PUNCA-PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)
1. Penyakit buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.
2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.
3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG
(Sumber: mauceriasokmo)
1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.
Buah Pinggang
Cara Kenali Buah Pinggang Tidak Berfungsi
Label: buah pinggang tidak berfungsi, buah pinggang gagal berfungsi, kegagalan buah pinggang

Bagaimana saya tahu buah pinggang saya tidak berfungsi dengan baik?
Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza dari seorang ke seorang. Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak boleh sedar tentang perubahan yang berlaku. Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadang-kadang dipanggil penyakit "senyap".
Walaubagaimanapun, anda boleh melihat beberapa tanda seperti yang telah disenaraikan di bawah:
-
Kejang Otot
Ini kadang-kadang boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
-
Gatal-gatal
Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
-
Rasa Tidak Sihat
Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh berasa tidak sihat. Anda boleh merasa mengantuk, keliru dan loya.
-
Sesak Nafas
Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan anda. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru anda, anda akan berasa sesak nafas.
-
Perubahan Dalam Pengeluaran Air Kencing
Anda mungkin perasan bahawa air kencing adalah berbuih, darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.
-
Rasa yang Teruk di Dalam Mulut Anda
Sisa yang membina di dalam badan anda boleh menyumbang kepada rasa yang teruk di dalam mulut anda, kehilangan selera makan dan loya.
-
Rasa Letih dan Kelihatan Pucat
Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan anda sentiasa berasa letih dan kurang bertenaga.
-
Bengkak di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata Anda
Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, yang kemudiannya terperangkap dalam badan.
-
Ekzema1 year ago
Ekzema Orang Dewasa Lagi Sukar
-
Buah Pinggang2 years ago
20 Cara Atasi Penyakit Buah Pinggang Dengan Berkesan
-
Kesihatan Wanita2 years ago
12 CARA PENJAGAAN ALAT SULIT WANITA
-
Diabetes1 year ago
Secara Senyap 5 Kebiasaan Ini Boleh Jadi Penyebab Penyakit Diabetes
-
Kesihatan Lelaki2 years ago
5 Masalah Kesihatan Lelaki Masakini
-
Kesihatan Umum1 year ago
TERKINI! Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganas
-
Kesihatan Umum2 years ago
APA ITU SELULIT [ BAGAIMANA IANYA TERJADI ]
-
Buah Pinggang2 years ago
Cara Mencegah Buah Pinggang Rosak Untuk Kekal Sihat